Monday, July 30, 2007

PAWANG KADIR


Dilahirkan pada sekitar tahun 1917 di Kampung Guai, Temerloh ( sekarang ni Bera ). Ayahnya bernama Haji Awang bin Imam Kassim. Beliau meninggal dunia pada tahun 1987 di Kampung Bukit Keledang.Manakala jenazahnya dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kg Guai. Kampung Guai dan Kampung Bukit Keledang dipisahkan oleh Sungai Pahang.
Dari isterinya yang bernama Siti Maryam binti Imam Rasu beliau dikurniakan empat orang anak. Anak yang sulung bernama Abd Rahman manakala yang seterusnya adalah Sepiah, Husin@Ibrahim dan Zulkifli@Abu Bakar.

Manakala dari isterinya yang bernama Siti bin Pendek beliau dikurniakan sepuluh orang anak iaitu :- Maimon(Kelesom) , Jamaluddin , Ramlah , Dahilan , Halimaton, Salbiah ,Badariah ,Fatimah ,Sakinah dan Mohd Tarmizi. Isteri yang ketiga bernama Esah binti Ibrahim pula tidak dikurniakan cahayamata.

Semua isterinya telah meninggal dunia kecuali Siti binti Pendek. Beliau sekarang tinggal di Rumah Besar ( Peninggalan Pawang Kadir ) di Kampung Bukit Keledang. Empat orang anaknya telah meninggal dunia iaitu Abd Rahman,Sepiah,Husin dan Jamaluddin. Manakala yang lain menetap di beberapa tempat di antaranya ialah Jengka,Seremban,Kg Awah,Tementi,Kuala Pilah,Triang dan Bukit Keledang.
Tok Pawang Kadir ini adalah salah seorang dari Pawang Raja ( masa Sultan Abu Bakar ) dan seorang lagi ialah Pawang Noh dari Jerantut. Itu menurut orang-orang ehwai Guai ni bagitahu.
Banyak cerita tentang Pawang Kadir ni.... lain kali akan diceritakan dari satu persatu.
Keturunan Pawang ini adalah warisan turun termurun. Semasa hayat Tok Pawang Kadir dua orang anaknya iaitu Abd Rahman dan Jamaluddin nampak berkebolehan memikul tanggungjawab sebagai pawang. Satu majlis pengistiharan pengganti diadakan selepas solat jenazah Tok Pawang Kadir . Pengganti yang dipilih adalah anaknya yang sulung iaitu Abd Rahman.
Selepas majlis pengistiharan pengganti semua kaum dan kerabat menangguk kepala seolah-olah tanda restu dan hormat kepada pawang baru, iaitu Tok Pawang Abd Rahman. Azan dilaungkan oleh aki Ishak dengan alunan yang sangat memilukan dan membuat semua hadirin turut menangisi serta pilu semasa jenazah Tok Pawang Kadir turun dari rumah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Guai.