Thursday, December 20, 2007

PERJUMPAAN KELUARGA PAWANG KADIR KALI KEDUA DITUNDA

Ketua Urusetia dan AJK telah bersetuju agar perjumpaan keluarga pada 22.12.07 di tundakan kepada suatu tarikh lain memandangkan keadaan jalan tidak mengizinkan ahli keluarga yang berada di sebelah Padang Luas dan keatas untuk datang ke Kg Bukit Keledang. Paras air di sekitar SMKM dan Kg Jeram Ular masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil dan sederhana.

Ketua Urusetia mencadangkan agar perjumpaan ditunda ke bulan Januari atau Februrari 2008 ini. Tarikh yang tepat akan diketahui apabila AJK keluarga akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa yang terdekat ini.

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini saya selaku Ketua Urusetia Keluarga memohon kemaafan daripada Ahli Keluarga sekelian diatas penundaan Majlis Perjumpaan keluarga kali kedua ini. Begitu juga saya berharap semua ahli keluarga saling berhubung dan bertanya khabar Ahli Keluarga yang lain.

Dalam tempoh 1.1.2007 sehingga 15.12.2007 kita telah bertambah Ahli Keluarga kita. Saya sangat berharap agar semua Ahli Keluarga Pawang Kadir ( AKPK ) mengemaskini dan menghantar kembali data keluarga di dalam borang yang telah disediakan kepada saya secepat mungkin.

Setakat ini data maklumat keluarga yang ada pada saya terdapat 229 Ahli Keluarga Pawang Kadir,iaitu termasuk diri dan tiga isteri beliau.Selain dari itu ialah anak dan pasangannya 29 orang,cucu dan pasangan 90 orang,cicit dan pasangan 78 orang,cuit dan pasangan 8 orang dan anak angkat dan pasangan serta anak-anak 20 orang. Saya amat percaya masih ada lagi ahli keluarga yang tidak termasuk di dalam data maklumat keluarga.

Harapan saya agar semua AKPK sentiasa didalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga.

Tuesday, September 4, 2007

PILIHANRAYA UMUM KE 12 DAH HAMPIR

PRU 12 dah semakin hampir. Peringatan kepada semua ahli keluarga yang telah capai umur 21 tahun boleh mendaftar sebagai pemilih. Kalau PRU 12 berlaku pada bulan November 2007 ini, sekarang ni sempat lagi nak daftar sebagai pengundi ( sebelum 30.9.07 ). Kalau boleh sebelum tarikh akhir ni.

Kawan menyeru kepada ahli keluarga sekelian agar pada hari mengundi esok undilah calon yang nak kepada ISLAM. Cuba kita renung sikit..... kita ni berketurunan Imam Kassim, yakni orang yang suka membantu masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan. Ayah Imam Kassim adalah Koming. Imam Kassim dan ayahnya Koming adalah orang yang sentiasa mengetuai dan membantu mana-mana orang atau kumpulan yang ditindas penjajah dan orang jahat. Lihat dan baca sejarah selangor dimana Tengku Kudin menerima bantuan orang-orang Pahang untuk mempertahankan haknya. Orang-orang Pahang itu adalah orang-orang Koming / Imam Kassim ( tidak dicatat dalam sejarah nama ini).

Tambahan pula sekiranya ada diantara keluarga kita yang bertanding. Kita perlu dan mewajibkan diri kita menolong dengan apa bentuk pertolongan sekalipun. Perkara ini perlu kita sebarkan kepada ahli keluarga kita.

Friday, August 3, 2007

Thursday, August 2, 2007

PERJUMPAAN KELUARGA PAWANG KADIR KALI PERTAMA




Pada 1 Jan 2007 ( Hariraya Haji ke-3 ) yang lalu ahli keluarga Pawang Kadir telah membuat perjumpaan keluarga. Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh hampir semua ahli keluarga.


Urusetia perjumpaan telah menyediakan beberapa acara diantaranya ialah semua wakil perdu keluarga memperkenalkan ahli keluarga mereka, sukaneka kanak-kanak dan jamuan keluarga. Sebelum memulakan majlis laung takbir dan tahmit serta doa tahlil telah diadakan sempena ketibaan Hari Raya Idul Adha dan memperingati ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.


Perjumpaan keluarga tersebut telah diadakan di rumah besar ( gambar ) Kg Bukit Keledang, Bera, Pahang. Kerja-kerja memasak telah diadakan secara gotong royong keluarga.


Menurut penasihat keluarga Ayah Teh Abu Bakar agar perjumpaan keluarga Pawang Kadir hendaklah dibuat di Rumah Besar ini. Tambah beliau lagi majlis ini patut diadakan setahun sekali bagi menghubungkan silaturahim serta menambah rasa kemesraan diantara keluarga sekelian.





Monday, July 30, 2007

PAWANG KADIR


Dilahirkan pada sekitar tahun 1917 di Kampung Guai, Temerloh ( sekarang ni Bera ). Ayahnya bernama Haji Awang bin Imam Kassim. Beliau meninggal dunia pada tahun 1987 di Kampung Bukit Keledang.Manakala jenazahnya dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kg Guai. Kampung Guai dan Kampung Bukit Keledang dipisahkan oleh Sungai Pahang.
Dari isterinya yang bernama Siti Maryam binti Imam Rasu beliau dikurniakan empat orang anak. Anak yang sulung bernama Abd Rahman manakala yang seterusnya adalah Sepiah, Husin@Ibrahim dan Zulkifli@Abu Bakar.

Manakala dari isterinya yang bernama Siti bin Pendek beliau dikurniakan sepuluh orang anak iaitu :- Maimon(Kelesom) , Jamaluddin , Ramlah , Dahilan , Halimaton, Salbiah ,Badariah ,Fatimah ,Sakinah dan Mohd Tarmizi. Isteri yang ketiga bernama Esah binti Ibrahim pula tidak dikurniakan cahayamata.

Semua isterinya telah meninggal dunia kecuali Siti binti Pendek. Beliau sekarang tinggal di Rumah Besar ( Peninggalan Pawang Kadir ) di Kampung Bukit Keledang. Empat orang anaknya telah meninggal dunia iaitu Abd Rahman,Sepiah,Husin dan Jamaluddin. Manakala yang lain menetap di beberapa tempat di antaranya ialah Jengka,Seremban,Kg Awah,Tementi,Kuala Pilah,Triang dan Bukit Keledang.
Tok Pawang Kadir ini adalah salah seorang dari Pawang Raja ( masa Sultan Abu Bakar ) dan seorang lagi ialah Pawang Noh dari Jerantut. Itu menurut orang-orang ehwai Guai ni bagitahu.
Banyak cerita tentang Pawang Kadir ni.... lain kali akan diceritakan dari satu persatu.
Keturunan Pawang ini adalah warisan turun termurun. Semasa hayat Tok Pawang Kadir dua orang anaknya iaitu Abd Rahman dan Jamaluddin nampak berkebolehan memikul tanggungjawab sebagai pawang. Satu majlis pengistiharan pengganti diadakan selepas solat jenazah Tok Pawang Kadir . Pengganti yang dipilih adalah anaknya yang sulung iaitu Abd Rahman.
Selepas majlis pengistiharan pengganti semua kaum dan kerabat menangguk kepala seolah-olah tanda restu dan hormat kepada pawang baru, iaitu Tok Pawang Abd Rahman. Azan dilaungkan oleh aki Ishak dengan alunan yang sangat memilukan dan membuat semua hadirin turut menangisi serta pilu semasa jenazah Tok Pawang Kadir turun dari rumah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Guai.