Thursday, December 20, 2007

PERJUMPAAN KELUARGA PAWANG KADIR KALI KEDUA DITUNDA

Ketua Urusetia dan AJK telah bersetuju agar perjumpaan keluarga pada 22.12.07 di tundakan kepada suatu tarikh lain memandangkan keadaan jalan tidak mengizinkan ahli keluarga yang berada di sebelah Padang Luas dan keatas untuk datang ke Kg Bukit Keledang. Paras air di sekitar SMKM dan Kg Jeram Ular masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil dan sederhana.

Ketua Urusetia mencadangkan agar perjumpaan ditunda ke bulan Januari atau Februrari 2008 ini. Tarikh yang tepat akan diketahui apabila AJK keluarga akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa yang terdekat ini.

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini saya selaku Ketua Urusetia Keluarga memohon kemaafan daripada Ahli Keluarga sekelian diatas penundaan Majlis Perjumpaan keluarga kali kedua ini. Begitu juga saya berharap semua ahli keluarga saling berhubung dan bertanya khabar Ahli Keluarga yang lain.

Dalam tempoh 1.1.2007 sehingga 15.12.2007 kita telah bertambah Ahli Keluarga kita. Saya sangat berharap agar semua Ahli Keluarga Pawang Kadir ( AKPK ) mengemaskini dan menghantar kembali data keluarga di dalam borang yang telah disediakan kepada saya secepat mungkin.

Setakat ini data maklumat keluarga yang ada pada saya terdapat 229 Ahli Keluarga Pawang Kadir,iaitu termasuk diri dan tiga isteri beliau.Selain dari itu ialah anak dan pasangannya 29 orang,cucu dan pasangan 90 orang,cicit dan pasangan 78 orang,cuit dan pasangan 8 orang dan anak angkat dan pasangan serta anak-anak 20 orang. Saya amat percaya masih ada lagi ahli keluarga yang tidak termasuk di dalam data maklumat keluarga.

Harapan saya agar semua AKPK sentiasa didalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga.

No comments: