Tuesday, September 9, 2008

MEDANIAGA JENGKA BAKAL MENJADI MERCU TANDA RANTAU PERINTIS, BDR JENGKA


Satu blok bangunan mengandungi 10 unit bazar MARA bakal siap pada bulan November ini. Ini adalah merupakan tambahan tempat perniagaan yang berada bersebelahan bangunan kedai 12 unit yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Jengka pada tahun1970an dahulu.
Bangunan baru ini juga menjadi mercu tanda baru bagi Rantau Perintis. Medaniaga Jengka nama yang diberikan oleh MARA bakal dihuni penyewa sebaik sahaja semua urusan yang berkaitan selesai dilaksanakan.

Monday, June 30, 2008

3 adik beradik dan seorang sepupu

Selepas 6 hari kehilangan 4 orang kanak-kanak lemas di Kg Bangau Parit,Temerloh 3 telah di temui namun seorang masih lagi belum. Kedua ibubapa mereka amat berharap agar mayat anak sulung mereka di temui secepat mungkin. Keluarga mereka menyeru kepada sesiapa yang bersimpati agar bersama-sama memohon bersolat hajat agar mayat anak mereka dapat dijumpai segera.

Ayah kepada anak tersebut telah sanggup melakukan apa sahaja akhtiar asalkan anak mereka dapat dijumpai. Pada 28hb Jun 08 selepas waktu zohor ayah kepada anak tersebut telah menjemput seorang waris pawang kadir ( cucu pawang kadir ) datang ke Kg Bangau Parit untuk bersama-sama beriktiar memohon pertolongan illahi . Upacara yang dilakukan adalah ringkas yang dijalankan di pantai pasir kampong tersebut.Menurut cucu pawang kadir kita kena banyak memohon pertolongan ALLAH dalam setiap solat kita. Jika dengan izinnya kita mungkin menemuinya dalam jajahan Bera dalam tempoh yang dekat ini...

Semua dipohon berdoa agar mayat anak ini ditemui segera.

$

Sunday, January 6, 2008

MESYUARAT AJK KELUARGA PAWANG KADIR

Semua AJK keluarga dikehendaki hadir kepada suatu mesyuarat pada,tempat dan masa seperti berikut;

Tarikh: 26.1.08 ( Sabtu )
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Tmn Cempaka Indah
Kg Jeram Ular
Kerayong
( Rumah Musaniff )
Diantara agenda

1. Menetapkan tarikh perjumpaan keluarga kali kedua ( cadangan 9.2.08)
2. Persediaan dan urusetia hari perjumpaan
3. Mengemaskan Pakatan Ahli Keluarga
4. Menerima data-data terkini senarai ahli keluarga.

Sekian dan kehadiran AJK dan sesiapa yang berkelapangan amat dialukan.


Musaniff
Ketua Urusetia/Keluarga

Thursday, December 20, 2007

PERJUMPAAN KELUARGA PAWANG KADIR KALI KEDUA DITUNDA

Ketua Urusetia dan AJK telah bersetuju agar perjumpaan keluarga pada 22.12.07 di tundakan kepada suatu tarikh lain memandangkan keadaan jalan tidak mengizinkan ahli keluarga yang berada di sebelah Padang Luas dan keatas untuk datang ke Kg Bukit Keledang. Paras air di sekitar SMKM dan Kg Jeram Ular masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil dan sederhana.

Ketua Urusetia mencadangkan agar perjumpaan ditunda ke bulan Januari atau Februrari 2008 ini. Tarikh yang tepat akan diketahui apabila AJK keluarga akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa yang terdekat ini.

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini saya selaku Ketua Urusetia Keluarga memohon kemaafan daripada Ahli Keluarga sekelian diatas penundaan Majlis Perjumpaan keluarga kali kedua ini. Begitu juga saya berharap semua ahli keluarga saling berhubung dan bertanya khabar Ahli Keluarga yang lain.

Dalam tempoh 1.1.2007 sehingga 15.12.2007 kita telah bertambah Ahli Keluarga kita. Saya sangat berharap agar semua Ahli Keluarga Pawang Kadir ( AKPK ) mengemaskini dan menghantar kembali data keluarga di dalam borang yang telah disediakan kepada saya secepat mungkin.

Setakat ini data maklumat keluarga yang ada pada saya terdapat 229 Ahli Keluarga Pawang Kadir,iaitu termasuk diri dan tiga isteri beliau.Selain dari itu ialah anak dan pasangannya 29 orang,cucu dan pasangan 90 orang,cicit dan pasangan 78 orang,cuit dan pasangan 8 orang dan anak angkat dan pasangan serta anak-anak 20 orang. Saya amat percaya masih ada lagi ahli keluarga yang tidak termasuk di dalam data maklumat keluarga.

Harapan saya agar semua AKPK sentiasa didalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga.

Tuesday, September 4, 2007

PILIHANRAYA UMUM KE 12 DAH HAMPIR

PRU 12 dah semakin hampir. Peringatan kepada semua ahli keluarga yang telah capai umur 21 tahun boleh mendaftar sebagai pemilih. Kalau PRU 12 berlaku pada bulan November 2007 ini, sekarang ni sempat lagi nak daftar sebagai pengundi ( sebelum 30.9.07 ). Kalau boleh sebelum tarikh akhir ni.

Kawan menyeru kepada ahli keluarga sekelian agar pada hari mengundi esok undilah calon yang nak kepada ISLAM. Cuba kita renung sikit..... kita ni berketurunan Imam Kassim, yakni orang yang suka membantu masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan. Ayah Imam Kassim adalah Koming. Imam Kassim dan ayahnya Koming adalah orang yang sentiasa mengetuai dan membantu mana-mana orang atau kumpulan yang ditindas penjajah dan orang jahat. Lihat dan baca sejarah selangor dimana Tengku Kudin menerima bantuan orang-orang Pahang untuk mempertahankan haknya. Orang-orang Pahang itu adalah orang-orang Koming / Imam Kassim ( tidak dicatat dalam sejarah nama ini).

Tambahan pula sekiranya ada diantara keluarga kita yang bertanding. Kita perlu dan mewajibkan diri kita menolong dengan apa bentuk pertolongan sekalipun. Perkara ini perlu kita sebarkan kepada ahli keluarga kita.

Friday, August 3, 2007